Pages

Thursday, 26 April 2012

jenis-jenis gerakan jisim

Aliran Lambat
Aliran lambat merupakan proses pergerakan regolit dan tanah secara perlahan-lahan menuruni cerun landai.
Tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi tiang-tiang elektrik, telefon, pagar dan pokok-pokok lama-kelamaan akan kelihatan condong dalam jangkamasa panjang. Proses aliran lambat berlaku pada cerun yang landai dan kejadian mengambil masa yang lama.


Aliran Cepat
Proses aliran cepat pula libatkan pergerakan regolit, tanih, dan lumpur pada kadar yg lebih cepat dan di atas cerun yg lebih curam berbanding dengan aliran lambat
Prosesnya berlaku pada permukaan yg lebih curam
Contoh : banjir lumpur


Geluncuran
melibatkan pergerakan tanih-tanih, regolit dan bongkah batuan secara besar-besaran di cerun-cerun yang curam dan hampir tegak.
robohan - sejenis geluncuran yang melibatkan bongkah batuan di suatu cerun yang berbentuk cerun seperti cerun-cerun gunung atau bukit





Runtuhan
Pergerakan regolit yg berlaku di cerun-cerun yg sgt curam & adakalanya tegak (90 darjah) spt; ditebing-tebing tinggi, bahu-bahu bukit yg telah ditarah & dipotong utk dibina jalan raya atau dilereng-lereng bukit yg telah diteres utk didirikan kondominium dll. Fenomena runtuhan yg plg popular ialah kejadian tanah runtuh, runtuhan batu, dan juga runtuhan tebing. Fenomena runtuhan yg pling dahsyat di Malaysia ialah tragedi runtuhan Kondominium Highland Tower pada bulan November 1993

0 comments:

Post a Comment